info

Friday 29 March 2013

HALAL HARAM

Ubat-Ubatan Haram

Apakah hukum menggunakan ubat-ubatan yang diperbuat daripada bahan yang haram "seperti arak dan babi.
JAWABAN:
     Pertama sekali kita  perlu lihat
Isu ini dalam dua situasi yang berbeda:
1.wujud ubat-ubatan yang halal dengan fungsi yang sma.
Maka jumhur menetapkan haram menggunakan arak dan semua bahan yang memabukan untuk tujuan perubatan.antara dalilnya sabda nabi yang bermaksud:
"Sesungguhnya allah tidak menjadikan penawar kepada kamu daripada apa-apa yang di haramkan ke atas kamu".(Riwayat al-Bukhari)
                         Baginda pernah ditanya arak yang digunakan untuk penyembuhan.lalu baginda menjawab dengan maksudnya:"sesungguhnya ia bukan obat tetapi penyakit"Riwayat muslim)
Berdasarkan hadis diatas,hukum haram diperluaskan kepada apa jua perkara haram seperti babi.walaupun begitu, terdapat pandangan - pandangan ulama'berkenaan keharusan menggunakan obat-obatan daripada sumber yg haram dengan syarat-syarat tertentu.
2.Tiada alternatif obat-obatan yang halal:
Dalam situasi ini ,terdapat perbedaan yang ketara antara fuqoha sebagaimana berikut;
I.MAZHAB SYAFI'I
Haram menggunakan arak sekiranya ia tidak dicampur dengan bahan- bahn lain.
Harus menggunakanya sekiranya ada campuran bahan-bahan lain apabila tiada obatan lain daripada yang suci(halal) dengan syarat rawatan itu dilakukan oleh dokter muslim yg adil dan pakar dan ia digunakan pada kadar yang tidak memabukan.
II.MAZHAB HANAFI:
Harus menggunakan obatan daripada yang haram sekiranya diyakini ia boleh menjadi obat dan tiada alternatif yg lain.
Sekiranya dlm keadaan ragu-ragu,mka tidak boleh dilakukan.
Walau bagaimanapun tidak boleh menggunakan apa saja daripada babi untuk perubatan.
Manakala ulama lain seperti izzuddin bin Abdul salam berpendapat diharuskan berubat najis sekiranya tiada ubatan dari bahan yg suci.Maslahat kesihatan dan keselamtan lebih utama daripada maslahat menjahui najis.Ibn Arabi dan al-Qurtubi pula melihat bahwa hukumnya harus menggunakan arak dalam keadaan darurat.
                                                                             Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment